April 16, 2009

SEDAP Tetap Menjadi Tumpuan



Walau ditengah lambakan majalah dan buku masakan lainnya, SEDAP tetap juga menjadi tumpuan. Selain harga yang masih dalam pengenalan ini, tetap tampil dengan pelbagai hidangan yang istimewa dan menambat selera. Sedap bukan sahaja diterima oleh satu kaum sahaja, malah ada juga pembaca dari kalangan kaum India dan China. Sementara di Sabah dan Sarawak juga tidak terkecuali. Apa yang lebih membanggakan lagi, Majalah Sedap versi Bahasa Melayu juga mendapat perhatian pembaca dari Singapura.

Sedap sentiasa tampil dengan pelbagai resipi yang berbeza. Walaupun ada antara resipi yang menggunakan nama yang agak unik, namun masih ada yang mahu mencuba dan menikmati rasa sebenar sesuatu resipi tersebut. Apa yang penting, setiap sukatan yang diberi telah diuji cuba terlebih dahulu untuk memastikan hasilnya benar-benar menjadi dan rasanya juga sedap.

Memandangkan pesta kuih Chang bakal tiba, Sedap mendedahkan asal-usul pesta kuih tersebut diadakan dalam ruangan 'Info Sejarah'. Memang ianya menjadi mitos dan legenda bagi kaum Cina yang bakal meraikannya. Sekaligus juga, SEDAP memaparkan resipi untuk membuat kuih Chang tersebut. Biarpun agak rumit, rasanya tetap menjadi buruan bagi yang menikmatinya.

Keluaran kali ini juga, banyak memaparkan pelbagai menu dan resipi pilihan yang istimewa untuk dicuba pembaca. Sememangnya, resipi-resipi kali ini tidak akan mengecewakan anda. Jadi, jangan ketinggalan untuk memiliki isu menarik kali ini.

April 04, 2009

Hasil Pembaca SEDAP

Kalau sebelum ini, kita dapat melihat hasil pembaca SEDAP yang telah mencuba beberapa resipi yang terdapat dalam beberapa terbitan Majalah SEDAP. Kali ini, dua orang pembaca setia dan juga ahli forum Majalah SEDAP telah berkongsi hasil mereka dengan penuh jayanya kepada kita semua. Semoga dengan paparan hasil mereka ini akan memberi semangat kepada pembaca-pembaca yang lain untuk terus mencuba resipi yang termuat dalam majalah SEDAP.

BITTERBALLEN NASI sumber dari Majalah SEDAP bil.1 yang telah dicuba sendiri oleh Puan AYU (Forum Majalah SEDAP)
Komen Ayu tentang Bitterballen Nasi ini, "Memang sedap Bitterballen Nasi ni, lembut dengan paduan rasa keju dan sayuran. Cuma saya fikir mahu kurangkan sukatan kiub stok ayamnya kepada separuh daripada sukatan asal. Ini kerana, rasa kiub stok ayam tersebut sudah cukup masin."

CINNAMON SCROLL sumber dari Majalah SEDAP bil.3 yang telah dicuba sendiri oleh Puan AYU (Forum Majalah SEDAP)
Komen Ayu, "Roti Cinnamon Scroll ni sedap dan lembut."

DADAR GULUNG RASA KARI sumber dari Majalah SEDAP bil.9 yang telah dicuba sendiri oleh Puan PENYULAWA (Forum Majalah SEDAP)
Komen Penyulawa, "Memang sedap Dadar Gulung Rasa Kari ni. Saya makan begitu sahaja. Cuma saya ubah daging cincang kepada daging salai. Kerana pada ketika itu, hanya terdapat daging salai sahaja dalam simpanan saya. Namun begitu, ianya tidak menjejaskan kelazatan Dadar Gulung tersebut."

NASI GORENG SELIMUT sumber dari Majalah SEDAP bil.7 yang telah dicuba sendiri oleh Puan AYU (Forum Majalah SEDAP)
Komen Ayu tentang Nasi Goreng Selimut ini, "Sarapan pagi tadi, saya buat Nasi Goreng Selimut dari SEDAP isu 7.. selalu buat nasi goreng taruh cili kisar saja.. tadi tengok resipi tidak ada pula taruh cili kisar.. dalam hati berkata, "sedap ke, pedas ke kalau tidak ada cili kisar".. tapi saya ikut jugalah resipi tu 100%.. memang tidak ada ubah sebab hendak tahu rasa original resipi ni bagaimana? Sudah siap semua, saya pun makanlah. Mak aiiiii... punyalah power rasa dia! Kena sangat-sangat dengan selera saya. Dengan dia punya pedasnya, rasanya memang sedap sangatlah!"

Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang telah mencuba resipi yang terdapat dalam mana-mana terbitan Majalah SEDAP. Walau bagaimanapun, kami akan terus berharap pembaca semua akan terus mencuba dan menikmati rasa sebenar resipi yang kami paparkan buat anda.

Mac 11, 2009

SEDAP, Tampil Variasi Cita Rasa Baru



Sering kali menghadiri pelbagai majlis istimewa, sudah tentulah kita dihidangkan dengan pelbagai menu istimewa. Tidak lupa juga, cenderahati buat para tetamu yang hadir untuk dibawa pulang.

Kali ini, SEDAP mengetengahkan beberapa pilihan cenderahati yang cantik dan unik, sesuai dihadiahkan untuk para tetamu yang hadir. Proses pembuatannya juga sebenarnya tidaklah sesukar mana. Apa yang penting, ketelitian dan kreativiti anda dalam menghasilkan sesuatu yang sangat menawan.

Selain itu, bagi anda yang amat menggemari kentang, SEDAP menyediakan beberapa resipi istimewa yang menggunakan bahan kentang untuk hidangan seperti roti, lauk-pauk, kuih-muih dan kek. Apa yang lebih mengejutkan, hidangan menjadi lebih sedap dan sesuai cita rasa.

Anda juga berpeluang mencuba resipi tradisi dari Pekalongan, Indonesia dan juga resipi pilihan dari Moroco. Resipi yang agak asing dengan kita, namun rasanya tidak mengecewakan kita. Jadi, tunggu apa lagi? Segeralah dapatkan senaskhah majalah SEDAP bil.10 dari mana-mana kedai buku dan majalah berhampiran.

Februari 21, 2009

Hasil Pembaca Lagi!

Dengan rasa bangganya, seorang lagi pembaca yang telah mencuba resipi yang terdapat dalam majalah SEDAP, Puan MaDiha, yang telah membuat Roti Marble Twist Roll (sumber dari Majalah SEDAP Bil.1) dan Marble Almond Biscotti (sumber dari Majalah SEDAP Bil.8) dihasilkan dengan penuh jayanya.

Menurut Puan MaDiha, keluarganya benar-benar menyukai roti dan biskut tersebut kerana rasanya dan teksturnya benar-benar memuaskan hati. Apa yang lebih membanggakan, Puan MaDiha juga telah mendapat tempahan daripada rakannya untuk Roti Marble Twist Roll. Tahniah, Puan MaDiha!


Marble Twist Roll


Marble Almond Biscotti

Februari 12, 2009

Tampil Lebih Menyelerakan



Pelbagai hidangan yang menyelerakan bakal membuatkan anda terpukau dan ingin mencubanya dimuatkan dalam SEDAP terbitan terbaru kali ini. Bagi yang menggemari karipap, melalui ruangan Hidangan Utama menampilkan aneka karipap ala moden, dengan variasi rasa inti seperti manis, pedas dan masin. Selain itu, bukan setakat kek malah roti juga boleh dibuat marble dengan variasi bentuk dan rasa yang pasti membuatkan anda teruja untuk mencubanya. Hidangan pembangkit selera dengan aneka jenis lauk-pauk menjadi hidangan istimewa yang bakal memenuhi meja makan anda. Untuk menikmati lebih lagi hidangan istimewa, jangan lupa dapatkan senaskhah hari ini sebelum ketinggalan!

Januari 17, 2009

99% DIJAMIN MEMUASKAN!

Lebih mantap dan berinovasi! Pilihan resipi yang menggiurkan bakal menjadi cubaan pilihan pembaca. 99% resipi yang termuat di dalam majalah SEDAP dijamin memuaskan! Kami banyak menerima komen yang membina melalui forum, emel dan panggilan telefon yang mengatakan rasa puas hati mereka dengan resipi yang telah dicuba dari majalah SEDAP. Sememangnya setiap paparan resipi telah diuji cuba dari dapur asal SEDAP terlebih dahulu agar hasilnya menepati cita rasa.
Untuk isu kali ini, memaparkan pelbagai resipi yang menggunakan cairan inti untuk kek. Selain itu, pelbagai jenis hidangan istimewa yang didatangi dari Ternate dan Afrika, benar-benar memikat selera. Anda boleh terus mencuba pelbagai resipi lainnya yang berupa lauk-pauk dan manisan. Jadi, dapatkan senaskhah hari ini dari mana-mana kedai berhampiran.

Januari 03, 2009

Selamat Tahun Baru 2009



Selamat tinggal 2008 dan selamat datang 2009 yang bakal mencorak masa depan baru. Semoga tahun baru ini, membawa satu rahmat yang baik kepada kita semua. Tidak kiralah di mana pelusuk kita berada. Apa yang penting, buatlah sesuatu yang mampu mengubah diri demi kebaikan. Andai tahun lepas tidak kesampaian untuk sesuatu, mungkin tahun ini kita berjaya memperolehi apa yang diinginkan dan impikan. Yang pasti, segalanya dilakukan dengan usaha kendiri. Sememangnya hasil usaha sendiri lebih memberi kepuasan berbanding dengan berharap orang lain. Apa salahnya jika kita mampu buktikan diri kita boleh lakukannya sendiri. Tetapi, kalau tidak tahu, jangan berat mulut untuk bertanya. Janganlah pula berlagak pandai. Nanti akhirnya, segala usaha tidak berguna. Sia-sia sahaja. Krew-krew SEDAP di sini juga, akan terus berusaha untuk tampil terbaik kepada para pembaca semua. Cuma, harapan kami, setialah bersama SEDAP dengan pelbagai hidangan istimewa dan penuh variasi. Semoga segala yang kami sampaikan dalam SEDAP sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pembaca semua. Salam tahun baru 2009 dan Selamat Tahun Baru China. Semoga, perayaan ini mampu mengeratkan lagi hubungan sesama kita, walaupun berlainan bangsa dan agama di Malaysia.