April 16, 2009
SEDAP Tetap Menjadi Tumpuan
Walau ditengah lambakan majalah dan buku masakan lainnya, SEDAP tetap juga menjadi tumpuan. Selain harga yang masih dalam pengenalan ini, tetap tampil dengan pelbagai hidangan yang istimewa dan menambat selera. Sedap bukan sahaja diterima oleh satu kaum sahaja, malah ada juga pembaca dari kalangan kaum India dan China. Sementara di Sabah dan Sarawak juga tidak terkecuali. Apa yang lebih membanggakan lagi, Majalah Sedap versi Bahasa Melayu juga mendapat perhatian pembaca dari Singapura.
Sedap sentiasa tampil dengan pelbagai resipi yang berbeza. Walaupun ada antara resipi yang menggunakan nama yang agak unik, namun masih ada yang mahu mencuba dan menikmati rasa sebenar sesuatu resipi tersebut. Apa yang penting, setiap sukatan yang diberi telah diuji cuba terlebih dahulu untuk memastikan hasilnya benar-benar menjadi dan rasanya juga sedap.
Memandangkan pesta kuih Chang bakal tiba, Sedap mendedahkan asal-usul pesta kuih tersebut diadakan dalam ruangan 'Info Sejarah'. Memang ianya menjadi mitos dan legenda bagi kaum Cina yang bakal meraikannya. Sekaligus juga, SEDAP memaparkan resipi untuk membuat kuih Chang tersebut. Biarpun agak rumit, rasanya tetap menjadi buruan bagi yang menikmatinya.
Keluaran kali ini juga, banyak memaparkan pelbagai menu dan resipi pilihan yang istimewa untuk dicuba pembaca. Sememangnya, resipi-resipi kali ini tidak akan mengecewakan anda. Jadi, jangan ketinggalan untuk memiliki isu menarik kali ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan