
Jejari Mentega Kacang Cincangan Coklat - Sumber dari SEDAP#9 Hasil daripada seorang pembaca yang menggunakan nama pena Zyzyshop. Katanya tentang biskut Jejari Mentega Kacang Cincangan Coklat ini, sedap rasanya. Keluarganya benar-benar menyukai rasa biskut tersebut.

Kek Kopi Madu - Sumber dari SEDAP#5. Hasil daripada Puan Ayu yang sebelum ini telah banyak mencuba pelbagai resipi dari Majalah SEDAP. Menurut Puan Ayu, dia amat berpuas hati dengan kek tersebut kerana aroma kopi yang benar-benar membangkit selera juga sekaligus rasa campuran potongan coklat yang membuatkan kek tersebut semakin istimewa.

Murtabak Kentang - Sumber dari SEDAP#5. Menurut Puan Ayu yang telah mencubanya, murtabak ini sangat sedap. Kanak-kanak juga boleh menikmatinya. Ini kerana murtabak tersebut tidak terlalu pedas. Puan Ayu amat berpuas hati dengan hasilnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan