April 04, 2009

Hasil Pembaca SEDAP

Kalau sebelum ini, kita dapat melihat hasil pembaca SEDAP yang telah mencuba beberapa resipi yang terdapat dalam beberapa terbitan Majalah SEDAP. Kali ini, dua orang pembaca setia dan juga ahli forum Majalah SEDAP telah berkongsi hasil mereka dengan penuh jayanya kepada kita semua. Semoga dengan paparan hasil mereka ini akan memberi semangat kepada pembaca-pembaca yang lain untuk terus mencuba resipi yang termuat dalam majalah SEDAP.

BITTERBALLEN NASI sumber dari Majalah SEDAP bil.1 yang telah dicuba sendiri oleh Puan AYU (Forum Majalah SEDAP)
Komen Ayu tentang Bitterballen Nasi ini, "Memang sedap Bitterballen Nasi ni, lembut dengan paduan rasa keju dan sayuran. Cuma saya fikir mahu kurangkan sukatan kiub stok ayamnya kepada separuh daripada sukatan asal. Ini kerana, rasa kiub stok ayam tersebut sudah cukup masin."

CINNAMON SCROLL sumber dari Majalah SEDAP bil.3 yang telah dicuba sendiri oleh Puan AYU (Forum Majalah SEDAP)
Komen Ayu, "Roti Cinnamon Scroll ni sedap dan lembut."

DADAR GULUNG RASA KARI sumber dari Majalah SEDAP bil.9 yang telah dicuba sendiri oleh Puan PENYULAWA (Forum Majalah SEDAP)
Komen Penyulawa, "Memang sedap Dadar Gulung Rasa Kari ni. Saya makan begitu sahaja. Cuma saya ubah daging cincang kepada daging salai. Kerana pada ketika itu, hanya terdapat daging salai sahaja dalam simpanan saya. Namun begitu, ianya tidak menjejaskan kelazatan Dadar Gulung tersebut."

NASI GORENG SELIMUT sumber dari Majalah SEDAP bil.7 yang telah dicuba sendiri oleh Puan AYU (Forum Majalah SEDAP)
Komen Ayu tentang Nasi Goreng Selimut ini, "Sarapan pagi tadi, saya buat Nasi Goreng Selimut dari SEDAP isu 7.. selalu buat nasi goreng taruh cili kisar saja.. tadi tengok resipi tidak ada pula taruh cili kisar.. dalam hati berkata, "sedap ke, pedas ke kalau tidak ada cili kisar".. tapi saya ikut jugalah resipi tu 100%.. memang tidak ada ubah sebab hendak tahu rasa original resipi ni bagaimana? Sudah siap semua, saya pun makanlah. Mak aiiiii... punyalah power rasa dia! Kena sangat-sangat dengan selera saya. Dengan dia punya pedasnya, rasanya memang sedap sangatlah!"

Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang telah mencuba resipi yang terdapat dalam mana-mana terbitan Majalah SEDAP. Walau bagaimanapun, kami akan terus berharap pembaca semua akan terus mencuba dan menikmati rasa sebenar resipi yang kami paparkan buat anda.

Tiada ulasan: