Januari 03, 2009

Selamat Tahun Baru 2009



Selamat tinggal 2008 dan selamat datang 2009 yang bakal mencorak masa depan baru. Semoga tahun baru ini, membawa satu rahmat yang baik kepada kita semua. Tidak kiralah di mana pelusuk kita berada. Apa yang penting, buatlah sesuatu yang mampu mengubah diri demi kebaikan. Andai tahun lepas tidak kesampaian untuk sesuatu, mungkin tahun ini kita berjaya memperolehi apa yang diinginkan dan impikan. Yang pasti, segalanya dilakukan dengan usaha kendiri. Sememangnya hasil usaha sendiri lebih memberi kepuasan berbanding dengan berharap orang lain. Apa salahnya jika kita mampu buktikan diri kita boleh lakukannya sendiri. Tetapi, kalau tidak tahu, jangan berat mulut untuk bertanya. Janganlah pula berlagak pandai. Nanti akhirnya, segala usaha tidak berguna. Sia-sia sahaja. Krew-krew SEDAP di sini juga, akan terus berusaha untuk tampil terbaik kepada para pembaca semua. Cuma, harapan kami, setialah bersama SEDAP dengan pelbagai hidangan istimewa dan penuh variasi. Semoga segala yang kami sampaikan dalam SEDAP sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pembaca semua. Salam tahun baru 2009 dan Selamat Tahun Baru China. Semoga, perayaan ini mampu mengeratkan lagi hubungan sesama kita, walaupun berlainan bangsa dan agama di Malaysia.

Tiada ulasan: