Mei 10, 2010

Ulang Tahun Ke-2 SEDAP Tampil Resipi Istimewa - SEDAP#25



SEDAP kini telah berusia dua tahun. Dalam tempoh itu, SEDAP telah pun mempunyai pembaca tetapnya sendiri dan sekali gus mampu memikat pembaca lain yang baru sahaja berjinak-jinak mengenali SEDAP. Sepanjang SEDAP berada di pasaran, ramai yang telah membuktikan kejayaan setelah mencuba beberapa resipi yang pernah disiarkan dari majalah SEDAP. Ini dapat dikesan melalui beberapa blog pembaca yang telah memperlihatkan hasil mereka dengan jayanya. Mereka sudah, anda bagaimana pula?

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk memiliki edisi istimewa ini sempena Ulang Tahun Ke-2 majalah SEDAP.

April 10, 2010

Pelbagai Citarasa Dimsum Untuk Dicuba-SEDAP#24


Dimsum sememangnya hidangan istimewa bagi kaum Cina sebagai teman minum teh. Ada pelbagai jenis dimsum yang boleh kita temui baik yang dikukus, digoreng atau pun dibakar. Bergantung dengan selera. Bagi yang belum pernah menikmati keistimewaan dimsum, tunggu apa lagi, cubalah resipi dimsum yang terdapat pada keluaran SEDAP kali ini, pasti tidak akan mengecewakan anda.

Selain daripada itu, ada pelbagai jenis resipi yang bakal membuatkan lidah anda terpikat akan rasanya. Contohnya seperti resipi-resipi dari Argentina yang membuatkan anda terliur, pelbagai olahan istimewa dengan menggunakan yogurt, puding dan minuman yang pasti menyegarkan, koleksi resipi hidangan ringan yang kerap menjadi pilihan, aneka pilihan resipi sepanjang bulan dan banyak lagi resipi-resipi istimewa yang mesti anda cuba. Jadi, pastikan anda tidak lepas pandang setiap helaian majalah SEDAP kali ini dan manfaatkannya untuk keluarga anda. SEDAP akan membuatkan anda semakin disayangi.

Mac 07, 2010

Variasi Resipi Pasta dan Ayam Goreng - SEDAP#23


Hidangan Utama-Olahan Pasta Moden Istimewa
Siapa yang tidak menggemari pasta yang lazat dengan siraman sos tomato berserta cincangan daging yang lazat? Akan tetapi, lebih lazat jika divariasikan lebih moden lagi supaya lebih menonjol kelazatan dan keistimewaan pasta tersebut.


Hidangan Khas-Variasi Ayam Goreng yang Lazat
Sememangnya ayam goreng amat digemari kanak-kanak mahu pun orang dewasa. Ada pelbagai cara dan kaedah menyediakan ayam goreng yang lazat dan menyelerakan. SEDAP kali ini memaparkan variasi resipi ayam goreng istimewa.

Antara Kandungan Lain:


Pastikan anda tidak ketinggalan untuk terus menatap majalah kesayangan ramai ini.

Februari 04, 2010

Kek Gulung Gaya Moden, Semakin Popular - SEDAP#22


Siapa yang tidak menggemari kek yang comel dan lazat rasanya. Lebih-lebih lagi kek gulung yang sememangnya memerlukan kemahiran untuk membuatnya. Selain rasa yang sedap, rupanya juga cantik dengan teknik kemahiran kreatif. Hiasan topping juga sangat menarik dan tambah menggiurkan dengan gabungan buah-buahan.

Untuk membuat kek gulung dengan jayanya, anda bolehlah mengikut langkah demi langkah yang ditunjukkan dalam keluaran SEDAP kali ini. Pastikan sukatan dan cara membuatnya dilakukan dengan tepat dan betul. Mungkin selepas itu, anda tidak akan berasa sesukar mana untuk membuatnya sekali lagi.

Selain itu, antara kandungan menarik yang turut juga dimuatkan dalam keluaran kali ini, seperti resipi istimewa menggunakan tapai ubi, aneka kuih-muih dari Australia, lebih ekonomi dengan resipi Kek Putih Telur Pulut Hitam dan ada bermacam jenis resipi lazat lagi menggiurkan, pasti akan membuatkan siapa sahaja teruja untuk mencubanya sendiri.

Info menarik buat yang ingin mengetahui jenis herba yang biasa digunakan dalam masakan barat, juga menjelaskan akan ciri-ciri istimewa setiap herba. Bagi yang sentiasa bermasalah mahu membuat sesuatu resipi dan ada beberapa bahan yang diperlukan, boleh digantikan dengan bahan lain, SEDAP memaparkan senarai bahan ganti bagi membolehkan anda untuk membuat resipi yang dikehendaki. Banyak lagi info-info berguna yang akan membantu anda ketika di dapur dan juga sebagai rujukan terutamanya ruangan kesihatan dan katering. Jadi, pastikan anda tidak terlepas untuk memilikinya senaskhah bagi melengkapkan koleksi peribadi SEDAP anda.

Januari 04, 2010

Selera Asia Sesuai Cita Rasa - SEDAP#21



Sememangnya negara kita Malaysia kaya dengan pelbagai macam hidangan yang boleh dikatakan selera Asia. Ini kerana negara kita dihuni oleh berbilang kaum, bangsa dan agama. Hidangan Cina dan India sememangnya sudah tidak menjadi asing lagi. Walaupun berbeza cara dan resipi, kita sebagai rakyat Malaysia masih boleh menerimanya mengikut selera. Lebih-lebih lagi resipi istimewa dari Indonesia. Lontong, pecal, tempe dan sebagainya, memang kena dengan selera asia yang sememangnya menyukai hidangan pedas, lemak dan masin. Semuanya tepuk dada dan tanyalah selera.

Bagi yang menggemari hidangan ala café, menu hidangan berupa manisan sudah semestinya menjadi hidangan ringan paling popular. Begitu juga pelbagai cita rasa minuman yang membuatkan café tersebut semakin mendapat perhatian. Namun begitu, tidak boleh selalu juga ke café hanya semata-mata mahu menikmati hidangan istimewa di sana. Selain kurang mengenyangkan, harganya juga tidak murah. Jadi, untuk menikmati menu ala café di rumah dan lebih menjimatkan, SEDAP memaparkan beberapa resipi pilihan ala café untuk dicuba sendiri. Dengan demikian, anda bolehlah menikmatinya dengan sepuas-puasnya.

Ada banyak lagi hidangan istimewa dan lazat untuk dicuba sendiri. Dari aneka jenis resipi nasi, lauk-pauk, kuih-muih, manisan dan macam-macam lagi turut dimuatkan untuk keluaran SEDAP kali ini. Sudah pasti SEDAP akan memberikan sejuta kebahagiaan buat keluarga tersayang.

Disember 10, 2009

Roti Goreng dan Sup Hangat Istimewa-SEDAP#20


Roti, bukan sahaja dinikmati sarapan pagi, malah sesuai juga dihidangkan minum petang. Selain disapu mentega atau jem, roti juga boleh dilapisi atau diinti dengan aneka jenis lauk-pauk atau kepingan ayam dan juga daging. Mengikut cita rasa masing-masing.

Kebiasaannya, kita menikmati roti yang dibakar dan kemudian dipotong keping-kepingan atau dibentuk dengan saiz yang sesuai mengikut individu. Sudah tentulah akan berasa bosan dan mahu menikmati gaya lain pula. Jika timbulnya masalah itu, amat sesuailah SEDAP kali ini memaparkan aneka jenis roti yang cara memasaknya adalah dengan menggoreng. Lebih variatif lagi dengan pelbagai inti serta gaya yang menarik. Selain bentuknya yang menarik, boleh juga disalut dengan serbuk roti hingga roti goreng kelihatan seakan nuget istimewa.
Buat yang menggemari aneka cita rasa sup istimewa, SEDAP kali ini tampil dengan aneka resipi sup yang sangat menyegarkan. Dengan kehadiran rasa udang, sotong ataupun ayam, akan menambahkan menghadirkan lagi rasa nikmat dan aroma yang menggiurkan. Sedap juga dinikmati begitu sahaja. Sememangnya resipi sup kali ini benar-benar membuatkan sesiapa sahaja akan berasa kenyang.

Sup selalunya dikaitkan dengan stamina. Mengapa begitu? Ini kerana penggunaan bahan segar yang berkhasiat dan sesuai untuk mengembalikan kecergasan setelah berpenat lelah di siang hari. Selain itu, sup juga sesuai dihidangkan kepada para pesakit yang kurang selera makan. Adalah lebih baik jika dinikmati ketika masih panas lagi.

Selain memaparkan resipi roti goreng dan sup, resipi tradisional dan moden juga turut dimuatkan pelbagai variasi lauk-pauk, kuih-muih, manisan dan kek yang istimewa. Pelbagai info berguna juga turut memenuhi ruangan majalah SEDAP terbitan kali ini. Oleh itu, jadikanlah Majalah SEDAP sebagai teman memasak anda ketika di dapur. Selain membekalkan asas pengetahuan, sesuai dijadikan panduan yang berguna buat pembaca tersayang semua.

November 07, 2009

Variasi Ikan Bakar yang Menggiurkan-SEDAP#19


Siapa yang tidak gemar menikmati ikan bakar ketika masih panas-panas lagi. Sedap juga dimakan bersama nasi atau diratah begitu sahaja bersama cicahan istimewanya. Ikan bakar yang sedap sebenarnya bukan sahaja bergantung pada jenis ikan, tetapi juga penggunaan rempah-ratus sebagai bahan perapan sebagai perisa. Selain itu, cara membakarnya juga ada caranya. Ketika membakarnya, disapukan air perapan ke atas ikan untuk membangkitkan lagi aroma dan cita rasanya.

Ada banyak tempat atau restoran yang menawarkan hidangan ikan bakar. Pelanggan hanya perlu memilih jenis ikan dan saiz yang dikehendaki, kemudian bolehlah meminta tukang masak membakarnya mengikut kaedah caranya memasak. Lebih istimewa lagi, jika ikan yang dibakar masih segar lagi. Ada juga beberapa tempat memancing yang menawarkan khidmat menyiang dan dimasak mengikut jenis masakan yang dikehendaki. Selalunya pelanggan lebih suka ikan hasil tangkapan mereka dibakar.

Jika selalu menikmati ikan bakar di restoran, sudah tentulah akan mempengaruhi wang saku yang ada. Bukankah lebih jimat jika memasaknya sendiri. Malah, boleh dinikmati dengan sepuas-puasnya. Lebih-lebih lagi ikan tersebut adalah dari hasil ternakan kolam sendiri. Benar-benar menjimatkan!! Untuk itu, SEDAP keluaran kali ini memaparkan variasi ikan bakar yang sangat istimewa. Sekali rasa, pasti mahu lagi.

Selain memaparkan resipi ikan bakar, ada banyak lagi resipi-resipi istimewa yang terdiri lauk-pauk, kuih-muih, manisan dan aneka jenis roti. Antara resipi yang pasti membuatkan sesiapa sahaja tertarik untuk mencubanya, mempelajari cara membuat gnocchi yang seakan pasta, piza gandum yang mudah disediakan, gado-gado dan macam-macam lagi. Yang pasti, rasanya akan membuatkan anda mahu menikmatinya sekali lagi dan mungkin akan memasaknya lagi.