Februari 04, 2010

Kek Gulung Gaya Moden, Semakin Popular - SEDAP#22


Siapa yang tidak menggemari kek yang comel dan lazat rasanya. Lebih-lebih lagi kek gulung yang sememangnya memerlukan kemahiran untuk membuatnya. Selain rasa yang sedap, rupanya juga cantik dengan teknik kemahiran kreatif. Hiasan topping juga sangat menarik dan tambah menggiurkan dengan gabungan buah-buahan.

Untuk membuat kek gulung dengan jayanya, anda bolehlah mengikut langkah demi langkah yang ditunjukkan dalam keluaran SEDAP kali ini. Pastikan sukatan dan cara membuatnya dilakukan dengan tepat dan betul. Mungkin selepas itu, anda tidak akan berasa sesukar mana untuk membuatnya sekali lagi.

Selain itu, antara kandungan menarik yang turut juga dimuatkan dalam keluaran kali ini, seperti resipi istimewa menggunakan tapai ubi, aneka kuih-muih dari Australia, lebih ekonomi dengan resipi Kek Putih Telur Pulut Hitam dan ada bermacam jenis resipi lazat lagi menggiurkan, pasti akan membuatkan siapa sahaja teruja untuk mencubanya sendiri.

Info menarik buat yang ingin mengetahui jenis herba yang biasa digunakan dalam masakan barat, juga menjelaskan akan ciri-ciri istimewa setiap herba. Bagi yang sentiasa bermasalah mahu membuat sesuatu resipi dan ada beberapa bahan yang diperlukan, boleh digantikan dengan bahan lain, SEDAP memaparkan senarai bahan ganti bagi membolehkan anda untuk membuat resipi yang dikehendaki. Banyak lagi info-info berguna yang akan membantu anda ketika di dapur dan juga sebagai rujukan terutamanya ruangan kesihatan dan katering. Jadi, pastikan anda tidak terlepas untuk memilikinya senaskhah bagi melengkapkan koleksi peribadi SEDAP anda.

Tiada ulasan: