Ogos 06, 2009

Buah Keluak atau Buah Kepayang



Ini adalah buah Keluak atau buah Kepayang. Pokoknya kecil hingga sederhana besar, setinggi 26m. Silara padat, bentuk kon, batang berjuntai, beralun dan berbanir. Kulitnya kelabu perang dan licin. Ekstrak daun dan kulit pokoknya boleh membunuh cacing parasit. Asid hidrosianik boleh membunuh manusia dan haiwan. Tanin mengecutkan tisu dan protein pada kulit dan lendir. Biasanya ia di gunakan dalam masakan. Terutama dalam masakan Indonesia.

Ia juga mempunyai khasiat pengubatan. Caranya, bijinya dihancurkan dan dibuat ubat. Tepekkan pada bisul.Selain itu, biji (isi), pokok (kulit) dan daunnya dihancurkan dan disapu pada bahagian dalam dan luar ikan supaya ikan tidak busuk.
Minyak diekstrak daripada biji (yang telah dinyahkan racunnya)untuk dimasak. Penyediaan yang kurang sempurna, menyebabkan si pemakan akan mengalami cirit-birit. Antara cara untuk menawar racun di dalam bijinya adalah dengan merebus biji, direndam dalam air, dan dikambus dengan abu atau dalam pasir di tepi pantai. Biji yang tidak disediakan dengan baik boleh membawa maut kepada orang yang memakan isi biji kepayang atau keluak ini.

Daun dan biji kepayang boleh dijadikan makanan setelah segala racunnya di keluarkan. Daun muda dan buah muda lebih beracun daripada buah masak atau daun matang. Oleh itu, buah yang dipetik sebelum cukup masak lebih berbahaya daripada biji yang diambil daripada buah masak atau yang gugur daripada pokok induk.

Oleh itu perlulah berhati-hati ketika menggunakan biji buah kepayang atau keluak ini dalam masakan anda.

3 ulasan:

ardz amy berkata...

salam
tumpang tanya...
boleh tak saya tau dmana sy boleh dptkan buah kepayang ni?
kalau ada any contact?
kalau ada boleh tlg foward kan pada sy tak? sbb sy tgh buat research pasal ni. apa2 hal leh contack kat ym.ardz@yahoo.com

Sedap berkata...

waalaikummusalam....
Buah keluak ini sememangnya sejenis bahan yang digunakan dalam masakan. Sebenarnya buah keluak ini sangat beracun. Akan tetapi, racunnya akan hilang setelah direbus terlebih dahulu dan ditanam selama beberapa minggu untuk menghilangkan racunnya.

Tanpa Nama berkata...

Selamat sejahtera, sudah jumpa buah kepayang orang dusun pangil buah pangi, isinya pengawit ikan yang ditangkap semasa pesta menangkap ikan sungai.Buah kepayang boleh didapati di tamu Tampaluri,Kota Marudu atau Tamu besar pada setiap 1 Hb.setiap bulan di Ranau Sabah.