Disember 19, 2011

November 25, 2011

November 15, 2011

Aneka Hidangan Istimewa di Majlis Istimewa-SEDAP#43



Apabila musim cuti tiba, inilah masanya merancang mengadakan majlis istimewa seperti majlis perkahwinan, hari lahir dan sambutan aneka perayaan. Sudah pastilah mahukan majlis yang dibuat berjalan dengan lancar. Selain memastikan segala persiapan termasuk hidangan untuk para tetamu, perlu juga memastikan tetamu kita berasa selesa.

Antara jenis hidangan yang sering menjadi pilihan, sudah tentulah bahan daripada ayam, daging dan makanan laut. Olahan yang sangat istimewa dan bercita rasa lazat sesuai untuk majlis formal. Manakala hidangan ringan berupa salad dan sup sudah pasti membuatkan tetamu anda tidak sabar untuk mencubanya. Begitu jugalah dengan hidangan berupa manisan dan minuman segar. Apa yang penting, pilihan anda perlu tepat. Biarpun dalam majlis, anda masih boleh nikmati apa sahaja jenis hidangan, tetapi perlu betul caranya. Ini amat sesuai buat mereka yang berdiet atau mementingkan kesihatan tubuh badan. Selain itu, beberapa tip untuk persediaan majlis kepada anda yang mahu menyelengarakan majlis tersebut agar berjalan dengan lancar. Jadi, pastikan anda memiliki edisi istimewa kali ini.

Melalui ruangan ini, kami dari majalah SEDAP, ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012.

Oktober 15, 2011

Tukar Selera Resipi dari Thailand-SEDAP#42


Apabila berada di restoran 'Tomyam Seafood', pasti kita akan terbayangkan banyak hidangan popular dari negara jiran, Thailand. Contohnya Pataya, Ladna dan banyak lagi. Akan tetapi, anda tidak akan menemui hidangan seperti Gaeng Pet Pak, Khao Pad Pong Kari Kung, Tom Kai Gai dan Boterkoek Pao Cha. Untuk mengetahui bagaimanakah rupa dan rasanya hidangan tersebut, bolehlah mencuba resipi hidangan tersebut melalui edisi terbaru kali ini. Pasti anda akan jatuh cinta dan mahu menikmatinya lagi.

Selain itu, anda boleh juga mencuba aneka resipi keju yang benar-benar menggiurkan.Pelbagai gabungan cita rasa keju yang pastinya membangkit keinginan. Aroma khas yang hadir daripada keju, sudah cukup menjadikan resipi lebih istimewa.

Buat para ibu yang masih menyusukan bayi, SEDAP turut berkongsikan info kesihatan yang menyentuh tentang baik dan buruknya kepada si bayi apabila si ibu mengambil ubat-ubatan. Apakah cara mengatasi dan kesannya terhadap bayi? Segalanya dikupaskan melalui SEDAP. Resipi apa pula yang sesuai buat si ibu yang menyusukan bayi? Juga turut dimuatkan bersama.

September 21, 2011

September 15, 2011

Hidangan Biasa Cita Rasa Luar Biasa - SEDAP#41


Memang nampak biasa, tetapi sebenarnya luar biasa. Kita sebenarnya sudah lama terdedah dengan pelbagai makanan tradisional. Namun yang tradisional itu ada kalanya bercita rasa moden, contohnya sate. Kebiasaannya kita akan temui sate daging dan ayam yang punyai cita rasa tradisional, kini kita boleh juga menikmati cita rasa unik hanya perubahan daripada rempah perapan dan sos cicahannya. Walaupun ada kelainan, rasanya tetap tidak kalah juga. Sudah tentulah ada yang akan terus teringat dan mahu menikmatinya lagi. Ini juga boleh ditemui di mana-mana restoran yang menyediakan aneka jenis sate istimewa. Untuk menikmati sesuatu yang berulang kali, apalah salahnya jika anda menyediakannya sendiri. Untuk edisi SEDAP kali ini, memaparkan aneka jenis cita rasa sate yang menyelerakan. Bermula daripada daging lembu, kambing, ayam, anda boleh juga mencuba sate makanan laut yang eksotik dan lazat rasanya.

Bagi penggemar dorayaki seperti mana watak Doraemon, selain dorayaki kacang yang terkenal, anda boleh juga mencuba dorayaki perisa buah-buahan seperti strawberi dan juga coklat. Biarpun ianya hidangan istimewa buat si kecil, tidak salah juga anda mencubanya.

Ada banyak lagi paparan resipi istimewa yang bakal anda cuba. Selain memudahkan, boleh juga mendatangkan sumber keuntungan buat anda.

Ralat:
Kepada semua pembaca budiman, SEDAP ingin membuat pembetulan untuk keluaran kali ini. Melalui ruangan ini, SEDAP ingin membuat pembetulan iaitu pada muka surat 40, tajuk resipi adalah 'Kek Cawan Keju Gula Merah' dan bukannya 'Kek Blondie Rempah'. Pada muka surat 19, Tajuk besar 'Pankek',diperbetulkan kepada 'Penkek'. Akhir sekali, muka surat 42 dan 46, ejaan 'Kolesterol' diperbetulkan kepada 'Kolestrol'.

Ogos 05, 2011

Aneka Menu Istimewa Rumah Terbuka - SEDAP#40


Suasana Hari Raya masih lagi terasa. Sepanjang sebulan ini, sudah tentulah banyak terima undangan ke rumah terbuka. Bagi kita yang ingin membuat rumah terbuka, sudah tentulah merancang menu apakah yang ingin disediakan pada hari tersebut. Jika tidak mampu menyediakan atau mahu menjimatkan masa, boleh juga menggunakan khidmat katering. Selain lebih mudah, anda juga tidak perlu terburu-buru atau mengejar masa menyiapkan segala persiapan sebelum tiba waktunya.

Antara hidangan yang menjadi menu istimewa, aneka jenis kek comel, sudah tentulah menjadi tumpuan utama para tetamu yang hadir. Selain saiznya yang kecil, sesuai juga dijadikan sebagai pencuci mulut. Bukan itu sahaja, bagi yang ingin mengawal pemakanan atau diet, boleh juga mencuba hidangan seperti salad sayuran dan buah-buahan yang berserat. Selain terhindar dengan hidangan berminyak, berlemak dan berkolestrol tinggi, ia juga boleh memelihara kesihatan.

Jadi, sebelum anda mengatur acara rumah terbuka, terlebih dahulu rancang dan pastikan segalanya berjalan dengan lancar. Untuk memilih menu agak berbeza daripada biasa, cubalah resipi-resipi istimewa yang termuat dalam keluaran SEDAP kali ini.