September 15, 2011
Hidangan Biasa Cita Rasa Luar Biasa - SEDAP#41
Memang nampak biasa, tetapi sebenarnya luar biasa. Kita sebenarnya sudah lama terdedah dengan pelbagai makanan tradisional. Namun yang tradisional itu ada kalanya bercita rasa moden, contohnya sate. Kebiasaannya kita akan temui sate daging dan ayam yang punyai cita rasa tradisional, kini kita boleh juga menikmati cita rasa unik hanya perubahan daripada rempah perapan dan sos cicahannya. Walaupun ada kelainan, rasanya tetap tidak kalah juga. Sudah tentulah ada yang akan terus teringat dan mahu menikmatinya lagi. Ini juga boleh ditemui di mana-mana restoran yang menyediakan aneka jenis sate istimewa. Untuk menikmati sesuatu yang berulang kali, apalah salahnya jika anda menyediakannya sendiri. Untuk edisi SEDAP kali ini, memaparkan aneka jenis cita rasa sate yang menyelerakan. Bermula daripada daging lembu, kambing, ayam, anda boleh juga mencuba sate makanan laut yang eksotik dan lazat rasanya.
Bagi penggemar dorayaki seperti mana watak Doraemon, selain dorayaki kacang yang terkenal, anda boleh juga mencuba dorayaki perisa buah-buahan seperti strawberi dan juga coklat. Biarpun ianya hidangan istimewa buat si kecil, tidak salah juga anda mencubanya.
Ada banyak lagi paparan resipi istimewa yang bakal anda cuba. Selain memudahkan, boleh juga mendatangkan sumber keuntungan buat anda.
Ralat:
Kepada semua pembaca budiman, SEDAP ingin membuat pembetulan untuk keluaran kali ini. Melalui ruangan ini, SEDAP ingin membuat pembetulan iaitu pada muka surat 40, tajuk resipi adalah 'Kek Cawan Keju Gula Merah' dan bukannya 'Kek Blondie Rempah'. Pada muka surat 19, Tajuk besar 'Pankek',diperbetulkan kepada 'Penkek'. Akhir sekali, muka surat 42 dan 46, ejaan 'Kolesterol' diperbetulkan kepada 'Kolestrol'.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan