Februari 21, 2009

Hasil Pembaca Lagi!

Dengan rasa bangganya, seorang lagi pembaca yang telah mencuba resipi yang terdapat dalam majalah SEDAP, Puan MaDiha, yang telah membuat Roti Marble Twist Roll (sumber dari Majalah SEDAP Bil.1) dan Marble Almond Biscotti (sumber dari Majalah SEDAP Bil.8) dihasilkan dengan penuh jayanya.

Menurut Puan MaDiha, keluarganya benar-benar menyukai roti dan biskut tersebut kerana rasanya dan teksturnya benar-benar memuaskan hati. Apa yang lebih membanggakan, Puan MaDiha juga telah mendapat tempahan daripada rakannya untuk Roti Marble Twist Roll. Tahniah, Puan MaDiha!


Marble Twist Roll


Marble Almond Biscotti

Februari 12, 2009

Tampil Lebih Menyelerakan



Pelbagai hidangan yang menyelerakan bakal membuatkan anda terpukau dan ingin mencubanya dimuatkan dalam SEDAP terbitan terbaru kali ini. Bagi yang menggemari karipap, melalui ruangan Hidangan Utama menampilkan aneka karipap ala moden, dengan variasi rasa inti seperti manis, pedas dan masin. Selain itu, bukan setakat kek malah roti juga boleh dibuat marble dengan variasi bentuk dan rasa yang pasti membuatkan anda teruja untuk mencubanya. Hidangan pembangkit selera dengan aneka jenis lauk-pauk menjadi hidangan istimewa yang bakal memenuhi meja makan anda. Untuk menikmati lebih lagi hidangan istimewa, jangan lupa dapatkan senaskhah hari ini sebelum ketinggalan!

Januari 17, 2009

99% DIJAMIN MEMUASKAN!

Lebih mantap dan berinovasi! Pilihan resipi yang menggiurkan bakal menjadi cubaan pilihan pembaca. 99% resipi yang termuat di dalam majalah SEDAP dijamin memuaskan! Kami banyak menerima komen yang membina melalui forum, emel dan panggilan telefon yang mengatakan rasa puas hati mereka dengan resipi yang telah dicuba dari majalah SEDAP. Sememangnya setiap paparan resipi telah diuji cuba dari dapur asal SEDAP terlebih dahulu agar hasilnya menepati cita rasa.
Untuk isu kali ini, memaparkan pelbagai resipi yang menggunakan cairan inti untuk kek. Selain itu, pelbagai jenis hidangan istimewa yang didatangi dari Ternate dan Afrika, benar-benar memikat selera. Anda boleh terus mencuba pelbagai resipi lainnya yang berupa lauk-pauk dan manisan. Jadi, dapatkan senaskhah hari ini dari mana-mana kedai berhampiran.

Januari 03, 2009

Selamat Tahun Baru 2009



Selamat tinggal 2008 dan selamat datang 2009 yang bakal mencorak masa depan baru. Semoga tahun baru ini, membawa satu rahmat yang baik kepada kita semua. Tidak kiralah di mana pelusuk kita berada. Apa yang penting, buatlah sesuatu yang mampu mengubah diri demi kebaikan. Andai tahun lepas tidak kesampaian untuk sesuatu, mungkin tahun ini kita berjaya memperolehi apa yang diinginkan dan impikan. Yang pasti, segalanya dilakukan dengan usaha kendiri. Sememangnya hasil usaha sendiri lebih memberi kepuasan berbanding dengan berharap orang lain. Apa salahnya jika kita mampu buktikan diri kita boleh lakukannya sendiri. Tetapi, kalau tidak tahu, jangan berat mulut untuk bertanya. Janganlah pula berlagak pandai. Nanti akhirnya, segala usaha tidak berguna. Sia-sia sahaja. Krew-krew SEDAP di sini juga, akan terus berusaha untuk tampil terbaik kepada para pembaca semua. Cuma, harapan kami, setialah bersama SEDAP dengan pelbagai hidangan istimewa dan penuh variasi. Semoga segala yang kami sampaikan dalam SEDAP sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pembaca semua. Salam tahun baru 2009 dan Selamat Tahun Baru China. Semoga, perayaan ini mampu mengeratkan lagi hubungan sesama kita, walaupun berlainan bangsa dan agama di Malaysia.

Disember 16, 2008

LANGGAN ISU-ISU LEPAS



Tentu ramai yang terkilan atau ketinggalan isu-isu lepas Majalah SEDAP. Jangan gusar, anda boleh terus melanggan dari kami. Caranya mudah sahaja, anda dikehendaki memuat turun borang langganan kami. Setelah itu, isilah borang berkenaan dan hantarkan kepada;

ARENA MEDIA TECH SDN. BHD.
No. 15A, Jalan Chan Sow Lin,
55200 Kuala Lumpur.

atau faks ke (03) 9223 8818.

Jika mahu membuat sebarang pertanyaan, boleh hubungi ke talian (03) 9222 8128, Lim Sok Ping

November 18, 2008

Belum Cuba Belum Tahu, Sudah Cuba Baru Tahu...

Setelah Majalah SEDAP telah 6 keluaran berada di pasaran, kami menerima sambutan dan pandangan daripada para pembaca melalui forum, emel dan panggilan telefon. Selain itu juga, beberapa para pembaca yang sudi berkongsi pengalaman dan foto hasil cubaan mereka dari Majalah SEDAP. Ini adalah antara hasil-hasilnya;



Mula dari gambar pertama: Burangasa (Ayu), Mud Cupcakes (Penyulawa), Rendang Tongkol, Gulai Padeh Daging dan Ayam Cili Kering (Suzie).


Selain itu, ada juga yang sudi berkongsikan resipi mereka sendiri. Setiap sumbangan, akan dipilih untuk disiarkan ke dalam majalah SEDAP dan layak menerima cenderati dari pihak penaja dan penerbit majalah. Sehingga kini, kami masih mengalu-alukan sebarang keputusan hasil percubaan dan resipi istimewa daripada para pembaca. Terima kasih kepada pembaca yang menyumbang dan turut memberi sokongan kepada kami. Teruskan bersama Majalah SEDAP dari semasa ke semasa. Semoga Majalah SEDAP banyak memberi manfaat kepada anda semua.

Pelbagai Hidangan Istimewa Aneka Pesta dan Majlis




Kita semakin hampir ke penghujung tahun 2008. Dalam kesempatan ini, sudah tentu ramai antara anda mahu mengadakan pelbagai majlis keramaian. Sama ada majlis perkahwinan, ulangtahun, meraikan kejayaan dan sebagainya. Untuk itu, majalah SEDAP kali ini menampilkan pelbagai resipi pilihan untuk dihidangkan kepada para tetamu. Selain itu, beberapa info bagaimana untuk mengendalikan sesuatu majlis dengan jayanya turut disediakan. Apa yang penting, majlis yang anda sedang laksanakan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Jadi, jangan lupa miliki SEDAP terbaru di pasaran!!