Julai 12, 2011
Meriahkan Aidilfitri dengan Juadah Istimewa SEDAP-SEDAP#39
Sulah menjadi kebiasaan, setiap kali menjelangnya Hari Raya, ramai yang sibuk membuat pelbagai persediaan awal seperti membuat aneka jenis biskut, kuih muih lain dan tidak lupa juga ketupat, rendang, lodeh dan sebagainya.
Bercakap tentang ketupat, SEDAP mengetengahkan beberapa resipi sampingan yang boleh dinikmati bersama ketupat. Tidak lengkap rasanya kalau tidak disertai kuah lemak bersantan yang sememangnya sering dihidangkan bersama ketupat dan lontong. Rendang juga tidak dilupa. Akan tetapi, berbeza sedikit dengan resipi SEDAP kali ini. Walaupun berbeza, sudah tentulah rasanya tidak kalah juga.
Resipi bukan sahaja dihidangkan bersama ketupat, tanpa ketupat juga tidak ada salahnya. Apa yang penting, tetamu anda amat berpuas hati dengan hidangan yang anda sediakan. Lebih-lebih lagi turut disertakan manisan berupa puding dan kek. Lebih segar lagi jika dinikmati bersama minuman sejuk dan berkhasiat.
Jadi, tunggu apa lagi, meriahkan Hari Raya anda dengan resipi pilihan SEDAP kali ini!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan