Jun 10, 2010
SEDAP Paparkan Resipi Ala Barat Buat Tetamu di Rumah-SEDAP#26
Kedatangan tetamu istimewa untuk bermalam satu atau dua malam sudah tentulah akan diberikan layanan baik. Bermula dari tempat tidur, keadaan rumah yang kemas dan selesa. Apa yang paling penting, hidangan istimewa sepanjang keberadaan tetamu ada di rumah. Ada banyak resipi yang boleh dicuba telah dimuatkan dalam Majalah SEDAP keluaran kali ini. Untuk tampil kelainan, resipi kali ini disediakan ala kebaratan. Bukan sahaja unik, tetapi sedap rasanya. Pasti tetamu anda akan berpuas hati dengan layanan anda.
Selain daripada itu, pelbagai paparan lengkap langkah demi langkah dalam ruangan Masuk Dapur, Kelas Lanjutan dan Resipi Kilat menjadi panduan berguna buat pembaca. Antara resipi yang pasti menambat hati pembaca, Stik Daging Tagalog dalam ruangan Resipi Nusantara, Ayam Berempah Rojak dalam ruangan Resipi Traditional, Telur Ikan Goreng Tepung dalam ruangan Resipi Sihat dan Daging Ala Thai, Kepak Ayam Panggang Madu, Omelet Telur Itik dan Kacang Gulung Panggang dalam ruangan Hidangan Bulanan. Ada banyak lagi resipi istimewa untuk dicuba.
Bukan itu sahaja, SEDAP kali ini memaparkan info kesihatan yang menyentuh tentang penyakit 'ANEMIA' yang biasa didengar, tetapi kurang mengetahui apakah sebenarnya penyakit ini. Untuk mengetahui apakah kesan penyakit tersebut dan bagaimana untuk mengawalnya, semuanya ada dijelaskan dalam keluaran kali ini. Bagi yang tidak pernah tahu bahawa terdapatnya beberapa jenis bawang besar yang biasa digunakan dalam masakan, pastikan anda tidak terlepas pandang ruangan Info Kuliner. Sememangnya SEDAP memastikan anda sentiasa menikmati keSEDAPan yang tidak terhingga untuk anda dan keluarga anda. Jadikan SEDAP sebagai pengikat hubungan kasih sayang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan