Lebih mantap dan berinovasi! Pilihan resipi yang menggiurkan bakal menjadi cubaan pilihan pembaca. 99% resipi yang termuat di dalam majalah SEDAP dijamin memuaskan! Kami banyak menerima komen yang membina melalui forum, emel dan panggilan telefon yang mengatakan rasa puas hati mereka dengan resipi yang telah dicuba dari majalah SEDAP. Sememangnya setiap paparan resipi telah diuji cuba dari dapur asal SEDAP terlebih dahulu agar hasilnya menepati cita rasa.
Untuk isu kali ini, memaparkan pelbagai resipi yang menggunakan cairan inti untuk kek. Selain itu, pelbagai jenis hidangan istimewa yang didatangi dari Ternate dan Afrika, benar-benar memikat selera. Anda boleh terus mencuba pelbagai resipi lainnya yang berupa lauk-pauk dan manisan. Jadi, dapatkan senaskhah hari ini dari mana-mana kedai berhampiran.
Januari 17, 2009
Januari 03, 2009
Selamat Tahun Baru 2009
Selamat tinggal 2008 dan selamat datang 2009 yang bakal mencorak masa depan baru. Semoga tahun baru ini, membawa satu rahmat yang baik kepada kita semua. Tidak kiralah di mana pelusuk kita berada. Apa yang penting, buatlah sesuatu yang mampu mengubah diri demi kebaikan. Andai tahun lepas tidak kesampaian untuk sesuatu, mungkin tahun ini kita berjaya memperolehi apa yang diinginkan dan impikan. Yang pasti, segalanya dilakukan dengan usaha kendiri. Sememangnya hasil usaha sendiri lebih memberi kepuasan berbanding dengan berharap orang lain. Apa salahnya jika kita mampu buktikan diri kita boleh lakukannya sendiri. Tetapi, kalau tidak tahu, jangan berat mulut untuk bertanya. Janganlah pula berlagak pandai. Nanti akhirnya, segala usaha tidak berguna. Sia-sia sahaja. Krew-krew SEDAP di sini juga, akan terus berusaha untuk tampil terbaik kepada para pembaca semua. Cuma, harapan kami, setialah bersama SEDAP dengan pelbagai hidangan istimewa dan penuh variasi. Semoga segala yang kami sampaikan dalam SEDAP sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pembaca semua. Salam tahun baru 2009 dan Selamat Tahun Baru China. Semoga, perayaan ini mampu mengeratkan lagi hubungan sesama kita, walaupun berlainan bangsa dan agama di Malaysia.
Langgan:
Catatan (Atom)