November 18, 2008

Belum Cuba Belum Tahu, Sudah Cuba Baru Tahu...

Setelah Majalah SEDAP telah 6 keluaran berada di pasaran, kami menerima sambutan dan pandangan daripada para pembaca melalui forum, emel dan panggilan telefon. Selain itu juga, beberapa para pembaca yang sudi berkongsi pengalaman dan foto hasil cubaan mereka dari Majalah SEDAP. Ini adalah antara hasil-hasilnya;



Mula dari gambar pertama: Burangasa (Ayu), Mud Cupcakes (Penyulawa), Rendang Tongkol, Gulai Padeh Daging dan Ayam Cili Kering (Suzie).


Selain itu, ada juga yang sudi berkongsikan resipi mereka sendiri. Setiap sumbangan, akan dipilih untuk disiarkan ke dalam majalah SEDAP dan layak menerima cenderati dari pihak penaja dan penerbit majalah. Sehingga kini, kami masih mengalu-alukan sebarang keputusan hasil percubaan dan resipi istimewa daripada para pembaca. Terima kasih kepada pembaca yang menyumbang dan turut memberi sokongan kepada kami. Teruskan bersama Majalah SEDAP dari semasa ke semasa. Semoga Majalah SEDAP banyak memberi manfaat kepada anda semua.

2 ulasan:

mamazieza berkata...

wah Penyulawa aka Anim pun ada sumbang resipi kat blog ni ekkk.. Go anim go.. hehehe

Sedap berkata...

Kami sentiasa menghargai setiap hasil atau sumbangan daripada pembaca SEDAP. Terima kasih atas segala sokongan yang diberi.