Ogos 05, 2011

Aneka Menu Istimewa Rumah Terbuka - SEDAP#40


Suasana Hari Raya masih lagi terasa. Sepanjang sebulan ini, sudah tentulah banyak terima undangan ke rumah terbuka. Bagi kita yang ingin membuat rumah terbuka, sudah tentulah merancang menu apakah yang ingin disediakan pada hari tersebut. Jika tidak mampu menyediakan atau mahu menjimatkan masa, boleh juga menggunakan khidmat katering. Selain lebih mudah, anda juga tidak perlu terburu-buru atau mengejar masa menyiapkan segala persiapan sebelum tiba waktunya.

Antara hidangan yang menjadi menu istimewa, aneka jenis kek comel, sudah tentulah menjadi tumpuan utama para tetamu yang hadir. Selain saiznya yang kecil, sesuai juga dijadikan sebagai pencuci mulut. Bukan itu sahaja, bagi yang ingin mengawal pemakanan atau diet, boleh juga mencuba hidangan seperti salad sayuran dan buah-buahan yang berserat. Selain terhindar dengan hidangan berminyak, berlemak dan berkolestrol tinggi, ia juga boleh memelihara kesihatan.

Jadi, sebelum anda mengatur acara rumah terbuka, terlebih dahulu rancang dan pastikan segalanya berjalan dengan lancar. Untuk memilih menu agak berbeza daripada biasa, cubalah resipi-resipi istimewa yang termuat dalam keluaran SEDAP kali ini.