Julai 10, 2010

Tampil Hidangan Bersahur dan Berbuka-SEDAP#27



Ramadhan tiba lagi! Bulan yang penuh rahmat ini dianggap sebagai bulan yang mulia buat seluruh umat Islam. Selain menahan lapar dan dahaga, perlu juga menjaga tingkah laku, tutur kata dan perbuatan. Oleh itu, lebih baik menghindarinya dengan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan faedah, contohnya memasak. Tentu ada yang sibuk memikirkan menu apa untuk bersahur dan berbuka. Mengenai masalah tersebut, keluaran SEDAP kali ini memaparkan pelbagai resipi istimewa untuk bersahur dan berbuka. Bagi yang menggemari jenis bubur manis dan resipi kering, semuanya terdapat dalam SEDAP kali ini. Pelbagai juadah menyelerakan, pasti akan membangkitkan selera buat anda dan seisi keluarga anda. Selain itu juga, pelbagai resipi biskut Raya juga turut dipaparkan dalam keluaran kali ini. Bermula dari yang jenis bergoreng hinggalah yang bakar. Apa yang pasti, ianya pasti menjadi tarikan utama buat tetamu yang berkunjung ke rumah anda.

Sepanjang menjalani ibadah puasa ini, tidak lengkap rasanya jika tradisi sejak dari dahulu lagi menghulurkan juadah berbuka buat jiran tetangga yang terdekat. SEDAP tidak ketinggalan juga memaparkan resipi kuliner pilihan untuk pembaca mencubanya. Apalagi, hidangan yang disediakan sangat kreatif dan menarik. Sudah tentulah jiran anda amat teruja untuk mencuba resipi anda.

Masih ada banyak lagi paparan resipi menarik yang bakal memenuhi meja tamu anda. Bukan itu sahaja, tetamu anda juga pasti tertarik untuk mencubanya. Semoga resipi-resipi SEDAP akan membuatkan hubungan siratulrahim bertambah erat lagi.

Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka.